Sunday 28 September 2014

Mulakan

Bismillah.....

NLP - EST

Untuk berjaya kuasi
1. State (Emosi positif)
2. Catatkan STATE POSITIF
3. AMALkan dan catat serta luahkan yang positif...
    Hari ini saya SIHAT, BAHAGIA DAN KAYA
    `Allah jadikan jagatraya yang hebat dengan kata-kata, aku jadikan diriku hebat juga dengan kata-kata'
4. Buatkan TINDAKAN dengan mengamalkannya setiap masa
5. Rasa (kinestatik) - Rasa yang paling hebat ialah BERSYUKUR
    Bersyukur terhadap nikmat-nikmatNya
6. Fokus kepada yang positif serta istiqamah
7. KASIH SAYANG - fokus kepada kasih sayang yang ikhlas, lahir dari hati, sentiasa berpaksikan Kasih
    sayang Allah (berlandaskan surah Al Fatihah... ArRahman dan Ar Rahim.
    Hidup tiada bala bencana, petaka melainkan semua yang terjadi itu dari kasih sayangNya untuk mendidik
    kita.
8. INSAN TERPILIH
    Kita diberikan dugaan..sebenarnya adalah insan terpilih yang dipilih olehNya kerana kasih sayangNya.
    Sewajarnya kita merasa amat bangga kerana diberi ujian tersebut.
    Bersyukur kerana itu nikmat yang paling tinggi.
9. Nantikan.....


Tuesday 14 May 2013

Pra - U

Bismillah...

Mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, Unit Kaunseling diamanahkan  untuk membuat perkongsian. Tajuk yang disampaikan adalah Memperkenalkan Kaunseling, Personaliti dan Minat Kerjaya, Softskills, Soalselidik.

Cik Lee, sebagai penyampai utama.

"Siapa pagi ini, mengambil sarapan pagi di rumah?"
"Siapa pagi ini, sebelum ke sekolah bersalam dengan ibu?"
"Siapa peluk ibu atau ayah sebelum ke sekolah?"
"Siapa ucapkan sayang kepada ibu atau ayah sebelum ke sekolah?"

Cik Lee mengamalkan Teknik Mendorong dengan menggunakan Teknik Guru Bertanya Soalan Akhlak Supaya Semua Pelajar Dapat Angkat Tangan.

Cik Lee Kim Yoong

Sharifahshariff@blogspot.com

Pelajar rasa seronok dan dan memberi respon yang baik. 
Rasa bangga dan gembira di pihak saya. Guru berlainan bangsa dan agama, menerima dan cuba mengamalkan Teknik Mendorong Junjungan kita.

Tahniah saya rakamkan, enteri ini khas menghargai kesungguhan Cik Lee mendorong para pelajar.
Penerangan yang mantap dan lebih jelas boleh diikuti di :-

http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com

Monday 13 May 2013

Kajang Pak Malau

Bismillah..

Kajang....
Warga sekolah pasti mengenali empunya nama hebat ini.
Penghuni asrama, hebat bersukan, pantas, cergas dalam pasukan ragbi.
Hebat di padang, di dalam kelas keletihan, mengantuk. Tenaga diperah mengharumkan nama sekolah. Di padang dia jaguh, pujaan ramai. Di kelas, dia disindir, diperli.

Kajang bukan keseorangan. Hampir 50 orang pelajar seperti dia.
Mereka ketinggalan di dalam kelas, rasa panas disindir, direndah-rendahkan. Alasan untuk keluar dari kelas sentiasa diusahakan. Biasanya mohon ke klinik untuk rawatan.
Habis sehari, cari alasan lain untuk hari berikutnya.

Pemantauan disiplin ditingkatkan. Peluang keluar kelas semakin tipis.

3 minggu sudah, adakan pertemuan tertutup bersama anakanda-anakanda ini. Sesi mendengar di pihak kami. Teknik Mendorong diselitkan untuk membantu meningkatkan selfesteem mereka. Setiap orang yang ada di dalam Bilik Gerakan, pasti ada pujian khusus untuk mereka.

`Seluruh warga sekolah bangga dengan sumbangan dan penat lelah Kajang dalam mengharumkan nama sekolah. Meletakan sekolah johan dalam pelbagai pertandingan. Kajang tidak sama seperti pelajar di luar sana. Kajang ada kelebihan dalam sukan. Berikan tumpuan semasa guru mengajar. Insha Allah akademik akan meningkat, biasiswa sukan akan jadi milik Kajang. Cikgu pasti masa depan Kajang sangat cerah.'

Jumaat lepas, rasa terharu. Kajang datang ke bilik mewakili bekas pelajar bertanya tentang Pra-U. Bukan soalan yang menjadi kejutan. Tiba-tiba Kajang minta diri kerana, waktu rehat sudah habis, dia perlu segera masuk ke kelas.' Alhamdulillah. Kajang merasakan dia ada harapan untuk berjaya, tidak seperti sebelumnya.
Pastinya usaha guru-guru di kelas juga.

Kajang...bukan Kajang Pak Malau
Kajang...bukan sebarang Kajang
Doa cikgu sentiasa mengiringi Kajang

Teruskan Mendorong, Dinda

Bismillah

3 orang guru muda baru membina keluarga, minat sungguh mereka tentang Teknik Mendorong Rasulullah. Pelbagai pertanyaan, silih berganti. Hati rasa berbunga bahagia. Apabila buku Teknik Mendorong diterbitkan, tempahan untuk adinda bertiga  kanda usahakan. Apabila buku telah di tangan, adinda bertegas untuk membayarnya.

Bermulalah teknik diamalkan. Pastinya anak di rumah menjadi keutamaan. Cikpuan Wan gembira berkongsi pengalaman. 

Anak sulung berusia 3 tahun, anak bongsu hampir 2 tahun . Kebiasaan sebelum tidur, anak sulung akan melompat-lompat di atas katil. Puas ditegur. 
`Bagusnya anak Umie,  cegas dan sihat. Cuma Umie bimbang kaki abang cedera, sekiranya terperosok di celah-celah tilam. Kalau abang melompat di lantai, pasti kaki abang lebih kuat'.

Malam berikutnya, abang masih melompat di atas katil. Rasa agak keciwa. Tak jadi.
Tiba-tiba dengar suara halus sedikit pelat `Abang, kalau nak kuat kaki kena lompat di lantai'. Si bongsu rupanya. Masya Allah. Rupanya yang mendengar juga diketuk hatinya. Si abang patuh, turun dan duduk di birai katil. Si bongsu menegur, abang berhenti. Umie bersyukur di dalam hati.

Teknik yang mudah untuk diamalkan.

Friday 3 May 2013

Teknik Memuji

Bismillah

Awal pagi seorang pelajar Pra-U berbangsa cina mengetuk pintu bilik.

"Selamat pagi cikgu". " Selamat pagi".
"Cikgu, saya jumpa ini di pintu belakang sekolah".
Beberapa keping kad pengenalan.
"Saya tak tahu mahu bagi siapa", tambahnya.

"Cikgu bangga, awak seorang yang bertanggungjawab dan telah melakukan tindakan terpuji. Dokumen pengenalan diri ini sangat penting. Awak telah membantu orang yang dalam kesusahan. Cikgu yakin, pertolongan awak ini akan dibalas baik di masa hadapan".

"Takdelah cikgu.."balasnya.

"Awak cuma perlu meletakkannya di pejabat dan memaklumkan kepada petugas di sana. Tindakan selanjutnya pihak petugas pejabat akan uruskan".

Sebenarnya pelajar ini sepanjang di Pra-U, jenis yang berada di dalam dunianya sendiri. Sebilangan pelajar ada kecenderungan ini. Tidak ambil peranan dengan persekitarannya.

Berapa kali mengadakan perkongsian dengan Pra-U, beliau akan membaca buku atau buat kerja sendiri. Tindakan hari ini merupakan satu kebahagian pada cikgu. Dia sanggup datang ke bilik, hanya terfikir ke bilik cikgu. Wahhhhh cikgu suka.

Cikgu akan terus berusaha mendekatinya.

Mohon mngundur diri.

Teknik Mendorong

Bismillah...

Sewaktu di kantin, kelihatan beberapa orang pelajar lelaki Pra-U sedang beratur berurusan di kaunter makanan. Baru pukul 10.00 pagi.

" Sudah waktu rehat?".
"Cikgu mata pelajaran benarkan kami satu kelas rehat awal satu masa. Kemudian akan sambung 'direct', jawab salah seorang pelajar India.

"Ohh..bertuah kelas awak, dapat seorang guru yang perihatin dan komited. Silakan"... Ayat menanggung malu namanya.

Menyahut tema sekolah `Semua guru adalah guru disiplin', menegur pelajar yang dilihat melakukan perlanggaran peraturan.
Alhamdulillah, tidak mengeluarkan kata-kata menghukum pelajar.
 Tersenyum sendiri. Ingatan untuk diri, beri peluang pelajar bersuara sebelum menangkan persepsi sendiri.

Pelajaran untuk hari ini.

Mohon mengundur diri.

Thursday 2 May 2013


Bismillah...
Alhamdulillah, pagi ini bertekad untuk terus mengamalkan Teknik Rasulullah. Lambat sedikit Cik Lee sampai hari ini, kebiasannya beliau tiba paling awal selaku tukang buka pintu. Dinda Aidani masih dalam tempoh cuti sakit. Semoga dikembalikan kesihatan dan kekuatan tubuh badan kepada adindaku ini.
Berkobar-kobar berkongsi dengan Cik Lee, Seminar Kesedaran Jenayah Syariah Di Kalangan Remaja. Paling teruja bercerita pengalaman menghadiri Bengkel Eksklusif Teknik Mendorong Pelajar Corot.

Perkongsian terpaksa diberhentikan.... "Assalamualaikum cikgu.Cikgu, sibuk?" Wajah anakanda yang jauh dari kebiasaan...nampak gelisah, tersenyum dalam paksaan. Bangun dan terus menyantuni anakanda Farah.
Farah, seorang exco tertinggi pemimpin pelajar, calon SPM 2013. Bersalaman dan memeluk tubuh anakanda. Ada getaran rasa di dada, sebak tiba-tiba, air mata mengalir tanpa dipinta.

Menjalankan sesi, mendengar dan memberi maklumbalas. Betapa berat tekanan yang dihadapi seiring dengan tanggungjawab. Asakan dari dalam kelas, persekitaran, di rumah....dari guru mata pelajaran, guru pemimpin pelajar, rakan-rakan pemimpin pelajar, rakan-rakan sekelas, keluarga. Rasa tidak bernafas....jika dikedudukannya. Allahuakbar...

Anakanda ini ingin belajar, sudah banyak ketinggalan, bertimbun kerja tidak dihantar, semangat yang tinggi untuk memperbaiki kesilapan. Bertanyakan soalan, padahnya anakandaku ini disindir, dihina. Sungguh saya sedih, sebak. Apakah yang mampu saya lakukan untuk membantu emosi anakanda ini? Menjalankan sesi, meredakan emosi anakanda, mendorong ya mendorong anakandaku.      
 
 "Alhamdulillah, cikgu bangga Farah telah menjalankan tugas sebagai pemimpin pelajar, sebagai anak yang menurut perintah ibu bapa. Insha Allah setiap saat yang diperuntukkan dan setiap usaha yang Farah lakukan, para malaikat akan mencatat dengan cermat dan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Jika Farah masuk awal ke kelas, fokus semasa guru mengajar dan hantar tugasan yang diberi, cikgu pasti Farah akan disukai oleh guru. Menyenangkan hati guru akan mempercepatkan kejayaan Farah, kerana doa guru antara doa yang diangkat oleh Allah tanpa hisab".
Betul ke cikgu? Ada senyuman manis dihadiahkannya. "Insha Allah"

Sesi dorongan diteruskan, keadaan lebih ceria. Soalan demi soalan menjurus kepada halatuju diajukan. Farah dalam keadaan emosi stabil, merangka perancangan jangka pendek, berkira-kira mengagihkan masa, bertekad menyudahkan kerja sekolah. Cikgu tambah satu lagi dorongan. "Tidak menyiapkan kerja sekolah tetapi tetap dihantar lebih baik dari tidak menghantar langsung. Menyiapkan kerja sekolah dengan lengkap walaupun ada kesalahan lebih baik dari tidak berusaha untuk menghantar." Allah memandang usaha, ada ganjaran untuk setiap usaha.

Sebelum menamatkan sesi, beberapa kali Farah mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa untuknya, terima kasih atas dorongan yang telah diberikan.
Alhamdulilah, doa cikgu sentiasa mengiringi Farah.

Benarlah kata-kata Tn Pengetua  "Jangan bunuh anakanda-anakanda saya. Satu perkataan dari cikgu boleh membunuh masa depannya. Tugas kita adalah membangunkannya"
Mohon mengundur diri.