Monday 13 May 2013

Teruskan Mendorong, Dinda

Bismillah

3 orang guru muda baru membina keluarga, minat sungguh mereka tentang Teknik Mendorong Rasulullah. Pelbagai pertanyaan, silih berganti. Hati rasa berbunga bahagia. Apabila buku Teknik Mendorong diterbitkan, tempahan untuk adinda bertiga  kanda usahakan. Apabila buku telah di tangan, adinda bertegas untuk membayarnya.

Bermulalah teknik diamalkan. Pastinya anak di rumah menjadi keutamaan. Cikpuan Wan gembira berkongsi pengalaman. 

Anak sulung berusia 3 tahun, anak bongsu hampir 2 tahun . Kebiasaan sebelum tidur, anak sulung akan melompat-lompat di atas katil. Puas ditegur. 
`Bagusnya anak Umie,  cegas dan sihat. Cuma Umie bimbang kaki abang cedera, sekiranya terperosok di celah-celah tilam. Kalau abang melompat di lantai, pasti kaki abang lebih kuat'.

Malam berikutnya, abang masih melompat di atas katil. Rasa agak keciwa. Tak jadi.
Tiba-tiba dengar suara halus sedikit pelat `Abang, kalau nak kuat kaki kena lompat di lantai'. Si bongsu rupanya. Masya Allah. Rupanya yang mendengar juga diketuk hatinya. Si abang patuh, turun dan duduk di birai katil. Si bongsu menegur, abang berhenti. Umie bersyukur di dalam hati.

Teknik yang mudah untuk diamalkan.

No comments:

Post a Comment