Friday 3 May 2013

Teknik Memuji

Bismillah

Awal pagi seorang pelajar Pra-U berbangsa cina mengetuk pintu bilik.

"Selamat pagi cikgu". " Selamat pagi".
"Cikgu, saya jumpa ini di pintu belakang sekolah".
Beberapa keping kad pengenalan.
"Saya tak tahu mahu bagi siapa", tambahnya.

"Cikgu bangga, awak seorang yang bertanggungjawab dan telah melakukan tindakan terpuji. Dokumen pengenalan diri ini sangat penting. Awak telah membantu orang yang dalam kesusahan. Cikgu yakin, pertolongan awak ini akan dibalas baik di masa hadapan".

"Takdelah cikgu.."balasnya.

"Awak cuma perlu meletakkannya di pejabat dan memaklumkan kepada petugas di sana. Tindakan selanjutnya pihak petugas pejabat akan uruskan".

Sebenarnya pelajar ini sepanjang di Pra-U, jenis yang berada di dalam dunianya sendiri. Sebilangan pelajar ada kecenderungan ini. Tidak ambil peranan dengan persekitarannya.

Berapa kali mengadakan perkongsian dengan Pra-U, beliau akan membaca buku atau buat kerja sendiri. Tindakan hari ini merupakan satu kebahagian pada cikgu. Dia sanggup datang ke bilik, hanya terfikir ke bilik cikgu. Wahhhhh cikgu suka.

Cikgu akan terus berusaha mendekatinya.

Mohon mngundur diri.

1 comment:

  1. Langkah pertama mengenali dunia pelajar yang tersendiri...
    Semoga pelajar ini dapat memperkenalkan dunianya kepada guru, sambil menyatakan bahawa beliau perlukan gurunya supaya membimbingnya ke arah kejayaan...

    Beberapa penambahbaikan :
    1) Puan boleh masukkan Teknik dan hadith berkaitan. Boleh merujuk kepada teks dalam blog hadithpsikologi.blogspot.com dan juga LK LAdap.

    2) Mohon letakkan label (tag post), dan gambar jika ada. Label berfungsi memudahkan carian. Gambar pula menaikkan semangat mahu membacanya.

    ReplyDelete