Monday 13 May 2013

Kajang Pak Malau

Bismillah..

Kajang....
Warga sekolah pasti mengenali empunya nama hebat ini.
Penghuni asrama, hebat bersukan, pantas, cergas dalam pasukan ragbi.
Hebat di padang, di dalam kelas keletihan, mengantuk. Tenaga diperah mengharumkan nama sekolah. Di padang dia jaguh, pujaan ramai. Di kelas, dia disindir, diperli.

Kajang bukan keseorangan. Hampir 50 orang pelajar seperti dia.
Mereka ketinggalan di dalam kelas, rasa panas disindir, direndah-rendahkan. Alasan untuk keluar dari kelas sentiasa diusahakan. Biasanya mohon ke klinik untuk rawatan.
Habis sehari, cari alasan lain untuk hari berikutnya.

Pemantauan disiplin ditingkatkan. Peluang keluar kelas semakin tipis.

3 minggu sudah, adakan pertemuan tertutup bersama anakanda-anakanda ini. Sesi mendengar di pihak kami. Teknik Mendorong diselitkan untuk membantu meningkatkan selfesteem mereka. Setiap orang yang ada di dalam Bilik Gerakan, pasti ada pujian khusus untuk mereka.

`Seluruh warga sekolah bangga dengan sumbangan dan penat lelah Kajang dalam mengharumkan nama sekolah. Meletakan sekolah johan dalam pelbagai pertandingan. Kajang tidak sama seperti pelajar di luar sana. Kajang ada kelebihan dalam sukan. Berikan tumpuan semasa guru mengajar. Insha Allah akademik akan meningkat, biasiswa sukan akan jadi milik Kajang. Cikgu pasti masa depan Kajang sangat cerah.'

Jumaat lepas, rasa terharu. Kajang datang ke bilik mewakili bekas pelajar bertanya tentang Pra-U. Bukan soalan yang menjadi kejutan. Tiba-tiba Kajang minta diri kerana, waktu rehat sudah habis, dia perlu segera masuk ke kelas.' Alhamdulillah. Kajang merasakan dia ada harapan untuk berjaya, tidak seperti sebelumnya.
Pastinya usaha guru-guru di kelas juga.

Kajang...bukan Kajang Pak Malau
Kajang...bukan sebarang Kajang
Doa cikgu sentiasa mengiringi Kajang

1 comment:

  1. Semoga cikgu terus membimbing dan tunjukkan jalan pada Kajang tanpa rasa jemu. sebagai seorang ibu doa & keperihatinan saya sentiasa nengiring hidupnya..semoga usaha kita utk melihat dia berjaya diberkati Allah.. Amin.. Terima kasih cikgu

    ReplyDelete